Wednesday, 16 November 2011

Adab bercakap, salah siapa?

Sering kali kita melihat sesuatu perkara itu , mempunyai fizikal nya, dan rohani nya memang tidak ramai yang mampu melihat melainkan seseorang yang mempunyai daya kemahiran pengalaman yang cukup, kerana mengetauhi rohani seseorang itu tidak mudah untuk di lihat. Perkara tersebut memang wujud di hadapan masyarakat kita, mungkin tanpa kita sedari perkara tersebut wujud, ataupun sesetengah manusia kurang mempercayai kelebihan seseorang.
      Setiap hari, kita akui, melalui pelbagai perkara yang baru, tidak terkecuali perkara yang lama cuma di perbaharui sedikit dari segi luaran ataupun dalaman, yang duka, mahupun yang manis, tidak kurang juga yang panas ataupun yang sejuk, saban hari, hari-hari di lalui mendewasakan kita, menimba dengan pelbagai cara, menimba dengan pelbagai kosa-kehidupan, tapi masih sedarkah berapa ramai yang masih mempunyai hati yang telus suci? mampukah kita melihat seseorang hanya dari rupa luaran tanpa bergaul ataupun bercakap dengan nya?

      Saya juga bercerita dengan berlandaskan pengalaman yang saya alami, bukan mudah untuk kita mengusai bahasa komunikasi yang sempurna mahupun hampir sempurna, kata-kata kita juga mampu menjadi senjata untuk menikam hati seseorang itu, kata-kata kita juga mampu untuk membahagiakan orang lain, menyemarakkan semangat orang lain, akan tetapi mengusai nya begitu payah malahan mengambil masa begitu lama untuk menguasai "lenggok" bahasa komunikasi. Mungkin kita juga pernah mengalami permasalahan berpunca dari kata-kata kita ataupun orang lain, bertepatan dengan peribahasa melayu , "kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa".

     Budaya melayu begitu indah dan tinggi dalam tatabahasa berbicara , pendek kata, percakapan di antara orang muda berbeza dengan percakapan orang-orang tua, kerana kita ketauhi orang-orang tua juga memerlukan kesopanan di dalam diri kita yakni kaum muda.

    Akan tetapi, adakah kita melihat kaum muda pada masa kini sudah terhakis budaya komunikasi nya? ataupun ia tidak di ajar secara formal di sekolah-sekolah bantuan kerajaan ? mahupun ia perlu di rujuk kepada ibu-bapa yang begitu tanggungjawab untuk mencorak akidah serta kesopanan seseorang itu dari rumah dan dari kecil lagi? tepuk dada dan tanyalah selera anda...
     

No comments:

Post a Comment