Tuesday, 21 February 2012

kawan-kawan


dari lensa kamera saya, EOS 600D , EF 50mm f1.8,  gambar di atas memperlihatkan kegembiraan kita boleh di kongsi bersama tanpa perlu berfikir akan apa yang berlaku, oleh kerana itu, perlu lah kita bergembira....

Wednesday, 16 November 2011

Adab bercakap, salah siapa?

Sering kali kita melihat sesuatu perkara itu , mempunyai fizikal nya, dan rohani nya memang tidak ramai yang mampu melihat melainkan seseorang yang mempunyai daya kemahiran pengalaman yang cukup, kerana mengetauhi rohani seseorang itu tidak mudah untuk di lihat. Perkara tersebut memang wujud di hadapan masyarakat kita, mungkin tanpa kita sedari perkara tersebut wujud, ataupun sesetengah manusia kurang mempercayai kelebihan seseorang.
      Setiap hari, kita akui, melalui pelbagai perkara yang baru, tidak terkecuali perkara yang lama cuma di perbaharui sedikit dari segi luaran ataupun dalaman, yang duka, mahupun yang manis, tidak kurang juga yang panas ataupun yang sejuk, saban hari, hari-hari di lalui mendewasakan kita, menimba dengan pelbagai cara, menimba dengan pelbagai kosa-kehidupan, tapi masih sedarkah berapa ramai yang masih mempunyai hati yang telus suci? mampukah kita melihat seseorang hanya dari rupa luaran tanpa bergaul ataupun bercakap dengan nya?

      Saya juga bercerita dengan berlandaskan pengalaman yang saya alami, bukan mudah untuk kita mengusai bahasa komunikasi yang sempurna mahupun hampir sempurna, kata-kata kita juga mampu menjadi senjata untuk menikam hati seseorang itu, kata-kata kita juga mampu untuk membahagiakan orang lain, menyemarakkan semangat orang lain, akan tetapi mengusai nya begitu payah malahan mengambil masa begitu lama untuk menguasai "lenggok" bahasa komunikasi. Mungkin kita juga pernah mengalami permasalahan berpunca dari kata-kata kita ataupun orang lain, bertepatan dengan peribahasa melayu , "kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa".

     Budaya melayu begitu indah dan tinggi dalam tatabahasa berbicara , pendek kata, percakapan di antara orang muda berbeza dengan percakapan orang-orang tua, kerana kita ketauhi orang-orang tua juga memerlukan kesopanan di dalam diri kita yakni kaum muda.

    Akan tetapi, adakah kita melihat kaum muda pada masa kini sudah terhakis budaya komunikasi nya? ataupun ia tidak di ajar secara formal di sekolah-sekolah bantuan kerajaan ? mahupun ia perlu di rujuk kepada ibu-bapa yang begitu tanggungjawab untuk mencorak akidah serta kesopanan seseorang itu dari rumah dan dari kecil lagi? tepuk dada dan tanyalah selera anda...
     

Thursday, 3 November 2011

Belia Malaysia : Dilema diri sendiri

 Assalamualaikum , dan salam sejahtera, syukur ke hadrat ilahi, kerana memberi saya peluang untuk berbicara kembali di dalam laman pemuka dan memberi hayat saya untuk mencurahkan pendapat saya berkaitan kegiatan sosial sekitar tanah malaysia ini.


      Mungkin ramai yang mengetauhi, begitu banyak permasalahan sosial yang berlaku di malaysia ini , seperti mana masalah gejala sosial pembuangan bayi, berzina, dan pelbagai lagi, mungkin tanpa kita sedari, ini melibatkan majoriti dari kaum melayu juga, pecahan ini begitu ketara, di mana sebanyak kira-kita 60 peratus remaja yang bermasalah berdaftar di PERKIM. ini tidak di kira lagi yang belum mendaftar .


     Baru-baru ini, kita di kejutkan dengan berita pembunuhan kejam seorang bayidi sabah, tidak perlu di perceritakan lagi, ini begitu menggemparkan seluruh warga malaysia , termasuk dari persatuan hak asasi manusia serta golongan persatuan islam yang lain, mempersoalkan begitu rapuh nya keperibadian seseorang remaja itu di dalam menangani sesuatu masalah, tidak begitu kurang nya, kisah-kisah yang tidak di sisipkan di dada akhbar sesuatu masalah remaja, sebagai contoh baru-baru ini, kes perkosa dan bunuh melibatkan pelaku seorang penuntu di sebuah universiti tempatan, kita mengetauhi juga mahasiswa negara juga tidak terkecuali, persoalan nya di mana terletak nya mentaliti kita ? siapa perlu di persalahkan? masyarakat setempat? ibu -bapa? mari kita mengupas satu persatu.

      Pendapat saya hanyalah berlandaskan ideologi yang saya pelajari, dan bukan di buat sesuka hati mengikut hawa nafsu semata-mata, saya juga memasukkan penyelesaian mengikut kaedah islamik, dan juga secara sains.
      Secara am nya, saya melihat perubahan budaya serta fesyen sedikit sebanyak mengubah sikap dan mentaliti seseorang indvidiu tersebut, ini di perakui oleh pelbagai pihak, dan budaya barat yang di terapkan sedikit sebanyak memperlihatkan keruntuhan akhlak di kalangan anak-anak muda masa kini, kita perakui juga, golongan muda belia terdorong oleh budaya barat di sebabkan oleh kepincangan identiti diri yang rapuh tanpa di suntikkan budaya islamik di dalam diri belia tersebut. 


      Penyelesaian yang mudah tetapi begitu susah praktikal nya, adalah berbalik kepada fitrah manusia, memang kita akui, pelbagai masalah berlaku dan pergolakan diri sendiri yang berlaku, akan tetapi pabila tiba masanya, kita akan berbalik kepada asal nya (fitrah) diri sendiri , kembali kepada budaya yang elok dan keperibadian yang ulung.

     
   

Sunday, 4 September 2011

Ibu Dan Kita - Seorang Anak.

  Baru-baru ini, saya telah terserempak dengan seorang waris kepada pesakit yang meninggal dunia, (seorang wanita muslim), dan bersesuaian ketika itu, saya bertanya beberapa soalan yang berkaitan tentang si arwah kepada pak cik terbabit (waris arwah merupakan abang kepada si arwah).

  Apa yang membuat saya terkilan seketika dan tersentak, malahan bertanya kan berkali-kali kepada pak cik tersebut, benar kah apa yang berlaku ini?, ada juga mahu menitis kan air mata tatkala memperingati ibu saya yang berada di rumah.

  "Anak-anak dia memang dari sejak sakit di hospital, tak pernah nak jenguk ataupun nak tengok kan "..

   Astargfirrullahalazim... beristgfar saya seketika , di pertontonkan sebegini rupa, hina benar kah ibu nya, kotor sangat kah ibu nya sehingga di perlakukan sebegitu oleh anak-anak mereka, walaupun sebesar mana sekalipun dosa ibu terhadapa kita, ibu tetap ibu kita. itu yang tidak boleh mengubah fitrah manusia sendiri, peringatan untuk diri ku jua.
   Teringat pada pepatah orang dahulukala, seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu, begitu hebat seorang insan yang di nama ibu.

  Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

"Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua IBUBAPA......"


Riwayat Al hakim

Daripada hadis ini kita semua dituntut untuk menjaga perasaan dan hati kedua ibu bapa yang telah menjaga kita dari dalam perut hingga kita berjaya. Renungkan kembali sejauh mana kita menjaga ibu dan bapa kita. Adakah kita golongan anak soleh. Ataupun kita dalam kelompok yang sebaliknya...nauzubillahi min zalik....Justeru walaupun kita sudah berjaya ingatlah ibubapa kita dan sehingga titisan darah terakhir kita doakan lah kesejahteraan kepada ibu bapa kita......wallahua'lam

Saturday, 3 September 2011

Kupasan Minda : RM1.00- Di mana kah nilai nya?

  Saya terasa terpanggil untuk mengeluarkan kenyataan ini, setelah sekian lama, di pendamkan , setelah masak di peram dan ranum ragam nya di tuai begitu lembut untuk di kupas satu persatu, bertepatan dengan tajuk pada ini.

  saya bukan nya mahu mengulas terlalu panjang tentang perkara ini , cukup lah dengan memperlihatkan nilai ataupun berapa kah harga bagi ringgit yang di namakan SERINGGIT, pada pandangan sesetengah individu, seringgit (RM1.00), bukan lah nilai yang begitu besar serta membebankan jika di keluarkan untuk tujuan tertentu seperti ber-sedekah pada tabung-tabung masjid, kepada fakir-fakir miskin, mahupun untuk membeli barangan keperluan peribadi/keluarga.

Tapi,

  Tahukah anda, bahawasanya, seringgit (RM1.00) adalah bayaran yang di kenakan oleh kerajaan untuk mendapatkan rawatan pesakit luar /kecemasan? seringgit (RM1.00) ini juga, merupakan nilai yang di bayar oleh orang awam (tidak termasuk "org2" kerajaan) ?

  Mari kita melihat situasi di bawah untuk tatapan, dan di nilai , seberapa besar nilai seringgit (RM1.00) itu..

Situasi 1

   Zakri merupakan seorang warganegara Malaysia yang menetap di selatan tanah air, telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya baru-baru ini, dan menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan (di jabatan kecemasan dan trauma), zakry mendapat kecederaan di tangan dan memerlukan jahitan dengan kadar segera, dan tangan nya di-syaki patah ataupun retak, lalu doktor mengarahkan membuat X-ray pada tangan zakry. situasi di atas, kita melihat sendiri pecahan bayaran bagi rawatan tersebut.

Jahitan pada luka di tangan (T&S) - ++RM 15.00 (bayaran di klinik/hospital swasta)
X-Ray Tangan - ++ RM60.00 (bayaran di klinik/hospital swasta)
Ubat-ubatan -   ++ RM 25.00 (bayaran di klinik/hospital swasta)
Jumlah = RM 100.00.

Tetapi, Kerajaan telah menetapkan bayaran yang di kenakan kepada zakry hanyalah SERINGGIT (RM1.00)...

  Kita lihat, begitu besar perbezaan bayaran di atas.

 Yang selebihnya , sebanyak RM99, merupakan Subsidi yang di berikan oleh kerajaan, ini merupakan seorang sahaja, jika ia seramai 10 orang? 100 orang ? 1000 orang? 1 000 000 000 orang? cuba kira berapa banyak yang kita di-subsidi-kan oleh kerajaan, persoalan nya.

MASIH TIDAK MAMPUKAH KITA MENGELUARKAN RM1.00?

Belia Dan Dadah.

      Pada masa kini, para belia kita giat memperjuangkan keinginan masing-masing, sesuai dengan kehendak peredaran masa, dengan pertumbuhan aktiviti-aktiviti berkancahkan belia giat pesat membangun demi menarik para belia menyertai , di seliakan oleh pihak kementerian belia dan sukan negara.

      Seperti mana baru-baru ini, di Pasir Gudang , Johor,  Program Belia Pemangkin Negara yang di adakan di Dewan Cendana , bertujuan menggesa semua belia di negara ini, menjauhi dadah bagi memastikan negara bebas dari pengamal-pengamal tegar dadah pada masa akan datang.

      Program sedemikian merupakan program yang baik dan mudah untuk di contohi bertepatan pepatah mengatakan, "menasihati lebih baik dari mengubati"

     Selain dari itu, penganjuran program seperti ini bertepatan saranan Perdana Menteri kita , untuk menuju pembangunan negara moden pada 2020, perlu juga di pastikan bahawasa nya belia perlu tahu keburukan pengambilan dadah memberi impak yang besar pada pembangunan modal insan negara ini sekaligus merencatkan perjalanan yang perlu di jana pada masa hadapan.

    Sumbangan yang di hulurkan oleh pihak badan bukan kerajaan (NGO) malaysia perlu di titik-beratkan , dan di sisihkan sejauh mungkin perasaan hasad, demi melihat anak-anak bangsa malaysia maju setaraf negara-negara dunia I & II , ia begitu penting sehingga kan mereka-mereka ini (NGO) di lihat sebagai penggerak pertamadunan belia-belia di negara ini selain pihak KBS sendiri.


    Tidak mustahil pada suatu hari nanti, kita di pertontonkan oleh pewaris generasi kita sendiri , tentang sikap dan perilaku lampau , yang kita sendiri melihat pada masa hadapan sebagai suatu yang sungguh sumbang dan tidak ber etika, adakah kita mahu di pertontonkan pada generasi masa hadapan akan perlakuan kita yang tidak menyumbang kepada apa-apa negara?

Tepuk Dada, Tanya Selera.

   Mungkin kita alpa, ataupun sering melupakan , sejarah membuktikan kita kerap gagal di dalam mendidik dan membentuk percaturan yang elok-elok bagi seseorang individu, sistem itu salah, ataupun kita patut menyalahkan diri sendiri?

  Akhir kata dari saya, (untuk peringatan diri sendiri), marilah wahai saudara-saudari sekalian, mengubah dan berubah lah , demi generasi kita mahupun generasi anak-cucu-cicit kita, mengubahlah (membentuk) insan lain, sepertimana kehendak tuntutan masyarakat mahupun islam, demi untuk mendapat mandat yang sempurna dari ilahi ataupun dari diri sendiri, kembali lah kepada fitrah.

  

Sunday, 27 March 2011

Assalamualaikum ,salam sejahtera , salam belia salam 1Malaysia.

 macapada ini, kita memperlihatkan segala macam perkara yang kita ketauhi tetapi tidak mampu mengubah nya, di sini saya menyajikan perkara-perkara berkaitan pengetauhan am, permasalahan sosial, politik, ekonomi, serta aktiviti kemasyarakatan, dan blog ini juga menyajikan kepentingan khidmat kesukarelaan yang terdapat di malaysia ini.