Saya terasa terpanggil untuk mengeluarkan kenyataan ini, setelah sekian lama, di pendamkan , setelah masak di peram dan ranum ragam nya di tuai begitu lembut untuk di kupas satu persatu, bertepatan dengan tajuk pada ini.
saya bukan nya mahu mengulas terlalu panjang tentang perkara ini , cukup lah dengan memperlihatkan nilai ataupun berapa kah harga bagi ringgit yang di namakan SERINGGIT, pada pandangan sesetengah individu, seringgit (RM1.00), bukan lah nilai yang begitu besar serta membebankan jika di keluarkan untuk tujuan tertentu seperti ber-sedekah pada tabung-tabung masjid, kepada fakir-fakir miskin, mahupun untuk membeli barangan keperluan peribadi/keluarga.
Tapi,
Tahukah anda, bahawasanya, seringgit (RM1.00) adalah bayaran yang di kenakan oleh kerajaan untuk mendapatkan rawatan pesakit luar /kecemasan? seringgit (RM1.00) ini juga, merupakan nilai yang di bayar oleh orang awam (tidak termasuk "org2" kerajaan) ?
Mari kita melihat situasi di bawah untuk tatapan, dan di nilai , seberapa besar nilai seringgit (RM1.00) itu..
Situasi 1
Zakri merupakan seorang warganegara Malaysia yang menetap di selatan tanah air, telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya baru-baru ini, dan menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan (di jabatan kecemasan dan trauma), zakry mendapat kecederaan di tangan dan memerlukan jahitan dengan kadar segera, dan tangan nya di-syaki patah ataupun retak, lalu doktor mengarahkan membuat X-ray pada tangan zakry. situasi di atas, kita melihat sendiri pecahan bayaran bagi rawatan tersebut.
Jahitan pada luka di tangan (T&S) - ++RM 15.00 (bayaran di klinik/hospital swasta)
X-Ray Tangan - ++ RM60.00 (bayaran di klinik/hospital swasta)
Ubat-ubatan - ++ RM 25.00 (bayaran di klinik/hospital swasta)
Jumlah = RM 100.00.
Tetapi, Kerajaan telah menetapkan bayaran yang di kenakan kepada zakry hanyalah SERINGGIT (RM1.00)...
Kita lihat, begitu besar perbezaan bayaran di atas.
Yang selebihnya , sebanyak RM99, merupakan Subsidi yang di berikan oleh kerajaan, ini merupakan seorang sahaja, jika ia seramai 10 orang? 100 orang ? 1000 orang? 1 000 000 000 orang? cuba kira berapa banyak yang kita di-subsidi-kan oleh kerajaan, persoalan nya.
MASIH TIDAK MAMPUKAH KITA MENGELUARKAN RM1.00?
No comments:
Post a Comment