Pada masa kini, para belia kita giat memperjuangkan keinginan masing-masing, sesuai dengan kehendak peredaran masa, dengan pertumbuhan aktiviti-aktiviti berkancahkan belia giat pesat membangun demi menarik para belia menyertai , di seliakan oleh pihak kementerian belia dan sukan negara.
Seperti mana baru-baru ini, di Pasir Gudang , Johor, Program Belia Pemangkin Negara yang di adakan di Dewan Cendana , bertujuan menggesa semua belia di negara ini, menjauhi dadah bagi memastikan negara bebas dari pengamal-pengamal tegar dadah pada masa akan datang.
Program sedemikian merupakan program yang baik dan mudah untuk di contohi bertepatan pepatah mengatakan, "menasihati lebih baik dari mengubati"
Selain dari itu, penganjuran program seperti ini bertepatan saranan Perdana Menteri kita , untuk menuju pembangunan negara moden pada 2020, perlu juga di pastikan bahawasa nya belia perlu tahu keburukan pengambilan dadah memberi impak yang besar pada pembangunan modal insan negara ini sekaligus merencatkan perjalanan yang perlu di jana pada masa hadapan.
Sumbangan yang di hulurkan oleh pihak badan bukan kerajaan (NGO) malaysia perlu di titik-beratkan , dan di sisihkan sejauh mungkin perasaan hasad, demi melihat anak-anak bangsa malaysia maju setaraf negara-negara dunia I & II , ia begitu penting sehingga kan mereka-mereka ini (NGO) di lihat sebagai penggerak pertamadunan belia-belia di negara ini selain pihak KBS sendiri.
Tidak mustahil pada suatu hari nanti, kita di pertontonkan oleh pewaris generasi kita sendiri , tentang sikap dan perilaku lampau , yang kita sendiri melihat pada masa hadapan sebagai suatu yang sungguh sumbang dan tidak ber etika, adakah kita mahu di pertontonkan pada generasi masa hadapan akan perlakuan kita yang tidak menyumbang kepada apa-apa negara?
Tepuk Dada, Tanya Selera.
Mungkin kita alpa, ataupun sering melupakan , sejarah membuktikan kita kerap gagal di dalam mendidik dan membentuk percaturan yang elok-elok bagi seseorang individu, sistem itu salah, ataupun kita patut menyalahkan diri sendiri?
Akhir kata dari saya, (untuk peringatan diri sendiri), marilah wahai saudara-saudari sekalian, mengubah dan berubah lah , demi generasi kita mahupun generasi anak-cucu-cicit kita, mengubahlah (membentuk) insan lain, sepertimana kehendak tuntutan masyarakat mahupun islam, demi untuk mendapat mandat yang sempurna dari ilahi ataupun dari diri sendiri, kembali lah kepada fitrah.
No comments:
Post a Comment